Tuesday, February 25, 2014

Video Sharnaaz Dakwa Digelar “Anjing Kurap”



Sharnaaz Ahmad Dakwa Digelar “Anjing Kurap” Oleh Nisdawati

Petaling Jaya: “Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”

Demikian amaran dikeluarkan pelakon Sharnaaz Ahmad kepada pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati berikutan kontroversi pergaduhan mereka seperti dilaporkan Harian Metro kelmarin.

Ketika ditemui semalam, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pasangan itu gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan.

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.

Foto
SHARNAAZ tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang.

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin,” katanya ketika ditemui di Kota Damansara, semalam.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.