Tuesday, February 25, 2014

3 siri S baru dari Lenovo

LENOVO memperkenalkan telefon pintar baru dalam siri S pada pameran dan persidangan Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol.

S860, S850 dan S660 adalah telefon pintar yang menggabungkan tenaga dengan rekaan untuk memberikan lebih banyak pilihan mengikut gaya hidup dan bajet pengguna.

Memiliki reka bentuk elegan, diperkasa pula dengan cip pemproses MTK empat teras dan OS Android 4.2 yang pasti mewujudkan prestasi dalam penggunaan, pengalaman mudah alih baru dan jangka hayat bateri lebih lama.
 
Kaupayaan S860 bakal meningkatkan produktiviti golongan pengguna professional, sementara S850 menggayakan fesyen menerusi rekaan langsing tapi penuh dengan ciri menarik.
FotoLenovo S850 (kiri), S860 (tengah) dan S660 (kanan).
 
S660 pula sesuai untuk semua kegunaan terutamanya bagi mereka yang ketagih dengan media untuk mencari gabungan fesyen dan kefungsian.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.