Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, February 6, 2015

Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2015 

Selepas tiga belas minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan Zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.

Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. (rtky/m)

Tonton Maharaja Lawak 2015 final

Tuesday, November 11, 2014

Nabil Gementar Bawa Watak Romantik Bersama Lisa


Pertama kali bawakan watak serius dalam lakonan, Nabil mengakui yang beliau sebenarnya rasa gementar apabila diarahkan untuk berlakon adegan romantik lebih lebih apabila bergandingan dengan nama besar seperti Lisa Surihani.

“Susah sangat bawa watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani. Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu dan malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan,” ujar Nabil kepada mStar Online.

Nabil dan Lisa Surihani bergandingan untuk super telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris. Ia bakal bersiaran bermula 20 November ini di Astro First Eksklusif (Saluran 480).

Pelawak ini juga mengakui sebelum ini ada menolak banyak tawaran untuk membawakan watak serius dan air mata namun menerima tawaran berlakon untuk telefilem ini kerana ianya merupakan satu peluang untuk beliau bercuti ke Paris.

“Tahun ini sahaja ada empat atau lima drama yang memerlukan saya bawa watak air mata yang saya tolak. Saya terima sebab dapat bercuti di Paris, produksi mengaturkan jadual penggambaran dan mencari hos gantian untuk rancangan Meletop (siaran Astro Ria),” tambahnya.

Kalau mahu melihat Nabil dalam watak serius yang jauh berbeza dari imej sebelum ini, bolehlah anda tunggu tayangan telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris kelak

Tuesday, October 14, 2014

Erin Malek Dan Suami Difitnah Ke Kelab Malam


Beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan Erin Malek dan pilihan hatinya, Farriz Fauzy kami ada menerima set gambar menunjukkan pelakon itu berada di kelab hiburan namun menganggap ianya gambar lama, kami biarkan sahaja. #alasan

Ianya menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari ini dan masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Erin Malek sendiri tentang gambar yang tersebar luas itu.


Belum pun isu itu reda, ada pula gambar yang menunjukkan Erin Malek dan suami berkunjung ke kelab malam sejurus selepas tamat resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Erin Malek & Suami Ke Kelab Malam Selepas Resepsi? - ROTIKAYA

Dalam gambar nan sekeping yang kami terima seperti di atas suami Erin Malek masih mengenakan persalinan yang sama ketika majlis resepsi berlangsung.

Namun kami rasa ianya sekadar parti kecil untuk ahli keluarga & juga rakan terapat selepas resepsi perkahwinan yang melibatkan pihak media dan jumlah hadirin yang besar. Tidak salah kami rasa untuk meraikan secara lebih intimate namun jika ianya benar diadakan di kelab hiburan, seperti tidak kena dengan nilai perkahwinan itu sendiri. kan?

Monday, October 13, 2014

Ugut bunuh - Polis rakam keterangan Rita

Rita Rudaini 
Rita Rudaini

SHAH ALAM - Gara-gara status 'panas' yang dimuat naik pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan yang juga bekas suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini di akaun Instagram miliknya, Rita dikatakan telah menerima ugutan bunuh, lapor Media Hiburan Online.

Aidil memuat naik status dan gambar yang memaparkan transaksi pindahan wang nafkah anak-anak pada 10 Oktober lalu bagi membuktikan dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya selama ini.

Melalui status tersebut, salah seorang pengikut Aidil yang menggunakan akaun bernama ‘Hanifhafizul’ telah menulis, ‘upah orang suruh bunuh saja Rita. Habis cerita.’

Pemilik akaun sama turut memanjangkan lagi komennya dengan menasihati Aidil agar membuat perancangan untuk membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk hidup.

"Tak apa bro. Lain kali kena rancang macam mana nak bunuh si Rita ini. Jangan biar dia hidup. Panas pula rasa,” tulisnya.

Sehubungan itu, pelakon tersebut telah membuat laporan polis keesokannya di Balai Polis, Jalan Tun Razak, ekoran bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anaknya.

Semalam, Rita telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubungan laporan yang dibuatnya.

 "Betul, anak guam saya telah dipanggil memberi keterangan berhubung ugutan bunuh yang diterima.

“Tunggu sahaja tindakan selanjutnya," ujar peguam yang mewakili Rita ketika dihubungi Media Hiburan Online, hari ini.

Sementara itu, Rita juga menjelaskan yang laporan dibuat bagi melindungi keselamatan diri dan anak-anaknya.

"Apa yang dimuat naik Aidil dengan kapsyen tersebut telah menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya yang akhirnya berlaku ugutan bunuh.

“Bimbang akan keselamatan diri, saya perlu melakukan sesuatu," katanya.

Friday, October 3, 2014

Sharifah Sakinah nikah Mac depan


Sharifah Sakinah nikah Aliff Adha Mac depan. - Foto Nik Rosli Ishak
 


KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan pengamal aktiviti kecergasan, Sharifah Sakinah mengesahkan beliau akan melangsungkan pertunangan pada 25 Oktober ini dengan Aliff Adha manakala pernikahan Mac tahun depan.

Tahun depan genap setahun usia percintaan Sakinah dengan jejaka bekerjaya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu.

"Majlis pertunangan akan diadakan sebelah petang di Melawati, Insya-Allah kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun depan.

"Saya sudah bersedia ke arah itu. Alhamdulillah, saya pun sudah stabil daripada segi kewangan dan emosi.
"Dia pun bekerjaya. Keluarga pun memberi restu hubungan kami untuk hidup bersama," katanya kepada BH Online sebentar tadi.

Ditanya mengenai Aliff, Sakinah menyifatkan jejaka yang berjaya menawan hatinya itu sebagai seorang yang cukup ringkas.

"Dia tak banyak hal, jenis tak kecoh. Pendek kata dia selamba. Malahan tak ambil tahu langsung fasal industri seni," katanya.

Thursday, October 2, 2014

Tonton Mamak Cup Cake (2014)


Sinopsis Mamak Cupcake

Filem Mamak Cupcake berkisar tentang anak jati Pulau Pinang berketurunan mamak, MJ, lakonan Shaheizy Sam yang berdepan konflik terhadap minat dan matlamat hidupnya yang sangat berbeza.

MJ amat meminati pembuatan kek cawan. Malangnya, hasrat itu terhalang kerana apabila si bapa ingin dia mewarisi perniagaan tradisi keluarga. MJ hampir berputus asa sehinggalah dia berjumpa seorang gadis, Juliana (Siti Saleha), yang mengembalikan semangatnya.


Mamak Cupcake
Apabila bercerita mengenai masyarakat keturunan mamak, pasti kita akan teringatkan nasi kandar yang enak. Bagaimanapun, bolehkah dibayangkan apabila perniagaan makanan itu tidak lagi ingin diteruskan oleh komuniti terbabit, sebaliknya lebih berminat untuk menjual hidang moden seperti kek cawan?

Itulah antara persoalan dan elemen komedi yang cuba diketengahkan menerusi filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Mamak Cupcake.

Filem Mamak Cupcake mempertaruhkan pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Siti Saleha, Maria Farida, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Acappan, Kathy Fauziah dan Adibah Noor.

Wednesday, October 1, 2014

Che Ta - Saya risau

Che Ta

MASA pantas berlalu dan siapa sangka kurang dua minggu sahaja lagi pelakon jelita, Rozita Che Wan dijangka melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinan kedua bersama aktor, Zain Saidin.

Bukan sahaja pasangan bahagia ini, malah keterujaan menyambut kelahiran ini turut dirasai seluruh peminat setia mereka.

Berkongsi pengalamannya, aktres yang mesra disapa Che Ta ini mengakui biarpun teruja dia turut merasa berdebar menanti saat melahirkan nanti.

“Walaupun sebelum ini ada pengalaman, tetapi ia berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Mungkin saya juga sudah lupa rasa sakit untuk melahirkan.

“Perasaan teruja itu memang ada, tambahan pula kali ini kami bakal menimang bayi perempuan dan saya memang tidak sabar menunggu saat itu,” ujarnya.

Menarik mengenai kehamilannya kali ini, pasangan romantis ini telah memberikan kepercayaan kepada pihak Astro merakamkan saat-saat indah menyambut cahaya mata mereka menerusi program Pureen Chak Chak.

“Dalam soal ini kami tidak ada sebarang syarat kerana kami percaya pihak produksi tahu had mereka.

“Kalau diikutkan paparan visual yang akan diambil tidaklah terlalu terperinci, jadi ia tidak beri sebarang masalah kepada kami.

“Walaupun tidak terlalu banyak, tapi inilah peluang kami berkongsi kebahagiaan ini bersama peminat,” tuturnya.

Pada masa yang sama, Che Ta turut mendedahkan dirinya sering mengamalkan membaca surah Mariam dan Ismail sebagai persediaan dalam proses kelahiran.

“Saya rasa amalan ini memang semua wanita amalkan dan saya harap semuanya akan dipermudahkan.

“Selain itu, salah seorang teman saya ada belikan akar bunga Fatimah dari Makkah dan dia cadangkan saya untuk minum air rebusannya ketika sudah sampai masa proses melahirkan,” katanya.

Friday, September 26, 2014

Shila Amzah Tegur Ahmad Pula

Baru-baru ini Sharnaaz Ahmad ada memberi teguran kepada Shila Amzah tentang kes kontroversi yang sedang melanda Shila dan keluarga

Terbaru, Shila Amzah pula memberi teguran khas kepada Sharnaaz Ahmad. Satu status dimuatnaik oleh Shila Amzah khas buat Sharnaaz.

Jom lihat status Shila Amzah:





Wednesday, September 24, 2014

Perempuan Mana Yang Mahukan Saya Yang Ada 5 Orang Anak


Kisah kontroversi pelakon, penyanyi dan juga pengacara Awie yang masih tidak berkesudahan ini semakin hangat diperkatakan oleh media massa tempatan. Tetapi apa yang boleh disampaikan di sini bahawa Awie tidak menafikan bahawa dia masih memerlukan seseorang yang bergelar wanita untuk menjadi teman hidup sehingga akhir hayatnya.

Cuma apa yang dikhuatirinya adakah masih ada lagi mana mana wanita yang mahukannya yang kini mempunyai lima orang anak ini?

“Pengganti? Saya ada 5 Anak sekarang ini, Perempuan gila mana yang nakkan saya? Mungkin ada, tapi boleh tak dia sayangkan anak-anak saya yang 5 orang ni. Dengan 5 orang anak ini adakah mereka sanggup sayang anak saya. Nak jaga anak saya yang 5 orang Itu bukan senang. Mampukah mereka menjaganya?“ soalnya pula.

“Sudah tentu saya perlukan perempuan dalam hidup saya. Tapi dalam masa yang sama saya bagi peluang berfikir kepada perempuan itu untuk mengenali dan apabila mencintai saya bermakna mencintai anak-anak saya,“ katanya yang ditemui semasa tayangan Dollah Superstar kelmarin.

Awie juga tidak menafikan bahawa suatu saat nanti dia sememangnya memerlukan seorang wanita untuk bersama dengannya melayari kehidupan yang akan datang.

“Sudah tentu, saya tak boleh tipu diri sendiri, saya perlu tempat mengadu dan berkasih sayang, kalau tidak ada benda itu jiwa saya akan jadi kosong. Kemana nak hala perasaan kita sekiranya ada masalah dan wanitalah satu-satu tempatnya untuk meluahkan perasaan dan takkanlah saya nak pergi jumpa pengurus saya. Saya perlukan seorang wanita yang betul-betul wanita,“ katanya.

Awie turut menjelaskan bahawa anak-anak adalah nyawanya dan akan terus bekerja keras demi anak-anak yang tercinta. Dia juga memberitahu bahawa sekiranya dia pentingkan diri, dia tidak akan bertanggungjawab terhadap mereka dan dengan rela hati akan memberikan kesemua anaknya itu kepada isterinya.

“Kalau saya nak buat macam itu, anak saya semua akan bagi kepada dia, tak payah nak fikir apa, senang mudah untuk saya buat apa sahaja. Suka hati saya nak balik pukul berapa dan di mana saya nak tinggal. Tak payah jaga anak-anak, Bulan-bulan bagi RM2,000”

“Saya InsyaAllah nyawa ada pada mereka (anak-anak). Terus-terang saya cakap, saya tak boleh dan saya selalu mohon doa supaya tak dipisahkan daripada anak-anak. Saya kalau boleh nak lihat dia membesar, dan biar dia lari depan saya sampailah dia kahwin,“ katanya.

Walaubagaimanapun, anak-anaknya yang masih kecil itu masih tidak lagi mengerti akan apa yang dihadapi olehnya dan hanya menangis apabila melihat kedua-dua mereka (Awie dan Rozana) dalam siaran televisyen yang membuat liputan kes mereka.

“Mereka masih kecil lagi untuk tahu. Pada saya mereka tak pernah tanya apa, dia nampak keluar kat TV dia menangis dan takut,“ tambah Awie lagi.

Thursday, September 4, 2014

Sheera bukan nak riyak


Tidak pernah terdetik di hatinya untuk riyak mahupun menunjuk-nunjuk kepada orang apabila tampil berhijab sejak Ramadan lalu.

Bagi pelakon berbakat, Sheera Iskandar, penghijrahan dirinya pada bulan yang mulia itu hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT semata-mata.

“Sebenarnya, sudah lama saya memendam hasrat untuk berhijab dan hanya menunggu masa yang sesuai saja. Saya juga lebih suka membuat perubahan diri secara perlahan-lahan dengan mengenakan selendang pada Ramadan tahun lalu. Hasrat untuk berubah juga lahir dari hati dan tanpa paksaan dari sesiapapun.

“Semuanya bermula ketika saya menjayakan program Gaza bersama rakan artis seperti Yatt Hamzah yang berlangsung di Masjid Shah Alam, tahun ini.

“Selepas majlis itu selesai, saya terus berasa janggal untuk menanggalkan tudung bila keluar rumah. Malah, ada pihak dari Real Hijab yang bermurah hati memberi saya pelbagai jenis selendang untuk digayakan dalam majlis dihadiri,” katanya.

Wednesday, August 27, 2014

Lisa, Yusry rai Baby Lara

Lisa, Yusry rai Baby Lara

DUA tahun mendirikan rumah tangga bukan pengukur kepada mana-mana pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata.

Malah pasangan selebriti popular ini juga mengakui teruja untuk bergelar ibu dan bapa sementelah belum mempunyai anak sepanjang perkahwinan mereka.

Keterujaan keduanya dapat dilihat apabila mengunjungi rumah rakan seperjuangan, pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang baru sahaja menerima puteri sulung mereka baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres cantik Lisa Surihani, nampaknya pelakon Istanbul Aku Datang itu sempat meluangkan masa bersama suaminya, Yusry Abdul Halim, bagi meraikan anak Awal dan Scha yang popular dengan nama 'Baby Lara'.

Menariknya, gambar-gambar yang dikongsi oleh Lisa menunjukkan dia sangat teruja dan gembira mendukung Baby Lara.

Lisa turut berkongsi perasaan yang dipetik dari kata-katanya di Instagram, katanya, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan Baby lara.

Dia juga mengucapkan terima kasih kerana Awal, Scha dan keluarganya yang menerima kunjungan mereka dengan baik.

Sebenarnya bukan Baby Lara sahaja, sebelum ini dia pernah melawat Sofia Arissa yang merupakan anak kepada pelakon Liyana Jasmay.

Pelakon berusia 28 tahun itu, juga sering kali memuat naik gambarnya bersama anak buah dan kanak-kanak lain.

Lisa pernah memberitahu menyukai kanak-kanak selepas mendapat pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu.

Monday, August 25, 2014

Akhirnya Scha berkongsi gambar wajah puterinya

lara lodin
lara lodin
lara lodin



Ya Allah. Comelnya anak sulung Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Akhirnya penantian untuk menatap wajah si comel ini berakhir jua. Scha telah berkongsi sekeping gambar yang jelas menunjukkan wajah anaknya. Walaupun agak jauh, tetap terserlah kecomelan puteri Scha dan Awal ini. Menariknya, Scha tulis menulis caption ‘Hey Lara Lodin‘ di dalam salah satu gambar. Mungkin itu adalah nama penuh anak mereka.




lara lodin

Tambah comel apabila Yusry dan Lisa Surihani yang hadir berhari raya ke rumah Awal dan Scha turut sama membuat sesi ‘bonding’ bersama Lara Lodin. Memang terserlah ciri-ciri dan gaya keibuan Lisa. Pandai dah dukung baby. Insya Allah satu hari nanti akan dimurahkan rezeki untuk menimang anak sendiri. Sama-samalah kita doakan.

lara lodin

Lagi beberapa gambar Lara Lodin, anak Awal dan Scha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Wednesday, April 9, 2014

Ibu Zizan suka Emma

“Ya, memang benar kami sedang bercinta. Sebab itulah saya berani bertemu dengan ayah Emma sebagai bukti kesungguhan dan niat ikhlas saya untuk menjalin hubungan lebih serius dengan Emma. Saya sayang Emma dan berniat baik terhadapnya,” kata bintang paling popular Zizan Razak, 29, dalam mengesahkan percintaannya dengan aktres jelita, Emma Maembong, 22.

Dalam pengakuan eksklusif kepada RAP, kelmarin, Zizan berkata, hasratnya untuk bercinta dengan Emma bukanlah perkara main-main malah mahukan hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, sewajarnya saya berjumpa dengan ayah gadis yang saya cintai untuk menunjukkan niat hati saya yang sebenar. Saya gembira kerana ayah Emma (pelukis handalan, Ismail Maembong, 67) menerima saya seadanya walaupun saya sebenarnya gementar.

“Apa yang melegakan, saya cuba mengambil langkah bertemu dan berkenalan dengan ayah Emma. Saya juga sudah membawa Emma bertemu dengan ibu bapa saya. Syukurlah, ibu saya sukakan Emma dan sekarang mereka semakin mesra, macam kawan,” jelas Zizan yang sama-sama bernaung dengan Emma dalam pengurusan Wire Fame Sdn Bhd.

Foto

Ditanya apakah istimewanya Emma di hatinya, Zizan pantas menjawab: “Saya terpikat dengan Emma kerana sikapnya yang bersahaja, tidak cerewet dan selalu menjadi diri sendiri. Dia tidak kisah pun kalau kami makan di warung asalkan kami gembira dan makanannya halal. Emma juga tidak suka berdandan dengan keterlaluan apabila kami keluar dan dia suka memberikan senyuman.”

Friday, March 28, 2014

Shila terima sambutan suram di China?

Shila Amzah  
Shila Amzah
 
NAMA penyanyi terkenal, Shila Amzah, sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat China setelah memenangi pertandingan, Asian Wave 2012 di sana.

Selepas kemenangan itu, Shila sering berulang alik dari Malaysia ke China untuk mengembangkan kerjaya seninya di negara berkenaan.

Tambahan pula, kini Shila kembali beraksi dalam pertandingan realiti, I Am Singer, bersama peserta dari beberapa negara lain.

Malah, Shila turut memberikan komitmen tinggi apabila pelantun lagu, Masih Aku Cinta ini, turut mempelajari bahasa Cina agar senang untuk berinteraksi sesama mereka.

Namun insiden pesawat MH370 sedikit sebanyak memberi kesan kepada China, dan Shila sendiri menerusi laman sosial Facebook, mengenai sambutan yang diterima ketika tiba di Changsha Airport, China.

Selain perkataan, 'Thank you for the warm welcome...,' Shila juga turut memuat naik video yang memperlihatkan sambutan suram daripada peminatnya di sana.

Wednesday, March 12, 2014

Kontroversi skandal - Karier Adi Putra suram?

adi putra
SEKITAR akhir tahun lalu, nama Adi Putra menjadi perhatian ramai selepas seorang lelaki mendakwa aktor itu mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Namun, selepas didapati tidak bersalah, nama Adi terus sahaja senyap dari sebarang publisiti termasuk karier seninya membuatkan ramai yang merasakan kariernya semakin suram kerana kontroversi itu.

Bagaimanapun, hakikatnya, Adi melahirkan rasa syukur kerana kehidupannya kini bertambah baik.

Enggan mengulas berkaitan perkara lalu, dia yakin setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Setiap ujian yang datang daripada ALLAH itu, pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang bertambah baik.

Tahun ini memberi satu permulaan yang baik kepada saya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan, Isnin lalu.

Menurut Adi selain sibuk menguruskan perniagaan baharu iaitu pakej umrah, perkhidmatan dan penghantaran barang ke luar negara.

“Sekarang, saya menguruskan pakej umrah di bawah syarikat saya, Hadid Travel & Tours dan jemaah pertama yang akan berangkat pada 13 Mac ini.

“Saya juga akan jalankan perkhidmatan penghantaran barang dari Malaysia ke United Kingdom juga ke China di bawah pengurusan syarikat Malaysia2u.com,” katanya yang juga bakal melancarkan produk sendiri berasaskan kolegen, tidak lama lagi.

Menurut Adi, dia juga akan terlibat dengan banyak program yang berkaitan kerohanian.

“Saya terpanggil untuk bersama-sama menyertai program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul ini, dan saya harap selepas ini jika ada kelapangan saya akan turut serta dalam majlis sebegini,” katanya.

Tak tinggal lakonan

Walaupun sudah menceburi dunia perniagaan, Adi memberitahu itu tidak bermakna untuk dia tekad tinggalkan dunia lakonan.

Bagaimanapun, menurut Adi, dia akan mengehadkan daripada mengambil tawaran lakonan.

“Saya akan terus dalam industri namun, akan mengehadkan aktiviti lakonan. Mungkin selepas ini saya akan ambil tawaran setahun satu filem. Ia adalah dua bidang yang penting dan sejajar dengan jiwa saya.

“Lagipun, saya masih baharu dalam perniagaan dan saya harap dapat memberikan sedikit tumpuan kepada perniagaan pula,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran filem biografi pahlawan dan askar Malaysia, Kanang Anak Langkau memegang watak sebagai Kopral Omar.

Dalam perkembangan lain, Adi bakal terlibat dalam ‘Teater Dibawah Lindungan Kaabah’, di Istana Budaya pada 9 hingga 18 Mei ini.

Hubungan berakhir

Eva Mendes Ryan Gosling

SEPANJANG tempoh hubungan asmara yang terjalin sejak 2011, terlalu banyak ungkapan putus dan sambung. Kini, keretakan hubungan itu kembali diperkatakan apabila ada sumber memberitahu hubungan pasangan selebriti ini dilanda badai sejak September tahun lalu.

Gagal untuk diselamatkan lagi, bintang cantik, Eva Mendes dan Ryan Gosling membuat keputusan untuk berpisah.

Dikhabarkan, hubungan cinta itu sudah berakhir sejak sambutan Hari Krismas lalu, kerana ketika itu mereka sudah membuat haluan masing-masing. Walaupun sebelum ini, Gosling menafikan khabar angin itu, namun menurut Mendes, hubungan itu gagal diselamatkan kerana beberapa perkara yang bercanggah antara satu sama lain.

"Kami berbeza karakter. Diri saya sering menjadi perhatian manakala Gosling pula lebih suka menyendiri dan 'low profile'. "Dia (Gosling) juga tidak mahu dikenali sebagai selebriti dan lebih selesa untuk tidak menghadiri majlis-majlis anugerah.

"Setelah berbincang, inilah yang terbaik untuk kami. Masing-masing bawa haluan dan kerjaya sendiri," kata bintang iklan produk wangian, Thierry Mugler, ini.

Enggan berkahwin

Selain daripada masalah perbezaan cara hidup, pasangan ini juga tidak pernah berbincang secara serius dalam hal perkahwinan. Menurut Mendes, baik dirinya mahupun Gosling tidak pernah terdetik untuk  melangkah ke arah fasa pernikahan.

"Sepanjang hubungan kami, ianya dilihat seperti tergantung. Saya sendiri tidak tahu bila waktunya untuk bersama dalam membentuk keluarga.

"Begitu juga dengan dia, hubungan kami hanya berlangsung seperti kekasih yang tiada hala tuju.

"Jadi, ada baiknya jika kami mengakhiri hubungan ini dan memberi peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Sebelum ini, Mendes pernah mengeluh susulan kesibukan Gosling dalam bekerja sehingga tiada masa untuk dirinya.

Menurut bintang 2 Fast 2 Furious ini, kesibukan Gosling membuatkan mereka jarang berjumpa dan merasa janggal apabila bertemu.

"Dia terlalu sibuk dengan kerja, siang malam bekerja tanpa menghiraukan dunia termasuk saya.

"Namun, ia bukanlah faktor utama keretakan hubungan kami, ia adalah salah satu daripadanya," katanya.

Mendes dan Gosling mula bercinta pada 2011, ketika kedua-duanya itu terlibat dalam penggambaran filem, The Place Beyond The Pines.

Sedang hamil?

Setelah mengumumkan berita perpisahan bersama bekas kekasihnya itu, Mendes dikhabarkan sedang hamil.

Berita ini tersebar susulan tindakan Mendes yang cuba mengelak daripada pemeriksaan imbasan badan ketika berada di lapangan terbang.

Tidak seperti penumpang lain, aktres berusia 39 tahun ini menolak untuk menjalani imbasan itu ketika ingin menaiki penerbangan di LAX Airport.

"Memang betul, saya memberitahu petugas itu bahawa saya sedang hamil untuk mengelak daripada imbasan berkenaan.

"Ia adalah taktik saya untuk mengelak daripada ujian itu kerana saya tidak pernah melaluinya. Setiap kali menggunakan khidmat penerbangan, itulah alasan saya.

"Saya hanya membenarkan tangan sahaja untuk diperiksa kerana saya takut. Apa yang saya tahu, ujian imbasan itu meninggalkan kesan buruk kepada badan kita dan kemungkinan urat-urat kecil akan terputus," katanya.

Peluang George Clooney...

Walaupun kini tidak terikat dengan mana-mana lelaki, bukanlah alasan untuk Mendes kembali menghangatkan hubungan cinta bersama orang lain.

Menjadi dambaan ramai lelaki, Mendes juga turut diminati aktor hebat, George Clooney yang sebelum ini menanti masa yang sesuai untuk mendekati aktres cantik ini.

Tambahan pula, bekas kekasih Clooney, Stacy Keibler sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Namun bagi Mendes, ini bukanlah masa yang sesuai untuk mencari pengganti untuk menemani hari-hari sunyinya.

"Saya mengakhiri hubungan sebelum ini bukanlah kerana untuk mencari pasangan lain.

"Bagi saya, bukan senang untuk membina hubungan baru dalam tempoh yang singkat kerana ia tidak semudah yang disangka.

"Berilah ruang untuk saya bersendiri dan memberi perhatian kepada diri sendiri," jelasnya.

Monday, March 10, 2014

Nasihat Kak Engku buat Hanez Suraya

 Nasihat Kak Engku buat Hanez Suraya 
 Kak Engku
 
ISU pelakon kontroversi, Hanez Suraya yang dituduh merampas suami orang bukan saja mendapat perhatian meluas daripada masyarakat tetapi juga golongan selebriti termasuklah Rita Rudaini, Rabecca Nur Al Islam, Hafiz Hamidun dan Chef Wan.

Terbaru, seakan-akan ‘terpanggil’ untuk menasihati pelakon Autumn Di Hatiku itu adalah penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau yang lebih mesra disapa sebagai Kak Engku.

Menurut Kak Engku, Hanez sepatutnya menghormati perasaan wanita lain sementelahan lagi dia juga adalah seorang wanita.

“Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat demikian pada isterinya, iaitu wanita yang telah bersusah payah melahirkan anak untuknya,  tak mustahil sekiranya dia boleh berbuat perkara sama pada Hanez.

“Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah? Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada mereka berdua?,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui di Menara Kuala Lumpur (Menara KL), baru-baru ini.

Tambahnya lagi, Hanez juga tidak sepatutnya mencampuri langsung urusan rumah tangga mereka sebaliknya biar ia diselesaikan terlebih dahulu.

“Apabila masalah dah selesai,  tak salah kalau Hanez nak  meneruskan hubungannya dengan lelaki itu.

“Perjalanan hidup ini masih jauh. Fikir dahulu sebelum kita nak bercakap dan jangan dengar daripada sebelah pihak saja,” katanya.

Dalam pada itu, Kak Engku mengakui yang dia kini semakin selesa bergelar ibu tunggal pada tiga anaknya setelah bercerai dengan Adzmin Tan Sri Osman, pada 2010.

“Saya tak terfikir lagi soal kahwin, apatah lagi saya seronok dengan hidup begini. Sekarang ini, saya sibuk dengan kerja dan anak-anak.

“Jika berkahwin sekalipun, lepas itu tak menjalankan tanggungjawab, berdosa juga kan? Jadi, biarlah begini. Kalau ada jodoh, adalah nanti.

“Jangan risau, bila saya nak kahwin nanti, saya akan umumkannya,” katanya sambil tergelak.

Cipta sejarah dari Menara KL

Sementara itu, Kak Engku berjaya mencipta sejarah apabila menjadi penyampai radio wanita berstatus ibu tunggal yang bersiaran secara langsung dengan Sinar FM dari ketinggian 300 meter di atas Lapangan Terbuka Menara KL, pada 7 Mac lalu.

Sejarah itu dicipta bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac lalu sekali gus menyahut cabaran daripada Pengurus Kandungan Sinar FM, Rizal Sahimy.

Selain itu, ia juga bertujuan mengumpulkan dana untuk persatuan ibu tunggal demi membela nasib golongan itu.

“Sering kali, setiap tahun apabila tibanya Hari Wanita Sedunia, saya hanya bercakap mengenai nasib, kecekalan dan kekuatan seorang wanita.

“Tetapi untuk tahun ini, saya tidak lagi hanya mahu bercakap. Saya mahu melakukannya!. Cakap mestilah serupa bikin.

“Lagi pula, niat saya adalah baik, iaitu untuk mengumpul dana buat mereka,” katanya.

Kak Engku berada di ‘awangan’ bagi mengendalikan segmen Sinar Pagi dari jam 6 hingga 10 pagi.

Namun begitu, dia telah bersiap sedia sejak dari jam 5 pagi lagi dengan dibantu oleh Koordinator Kawalan Keselamatan Menara KL, Faizul Abdul Razak dan dua petugas dari Nas Team.

“Saya akui agak gementar. Terus terang dari semalam (6 Mac) saya tidak dapat tidur dan makan apa-apa.

“Terdapat empat cabaran yang saya perlu lalui. Tapi ketika cabaran duduk di tebing paling hujung, nyawa saya bagaikan berada di hujung kaki.

“Namun begitu, selepas melunjurkan kaki, saya sudah terasa lega dan perasaan gerun itu kemudiannya hilang sedikit demi sedikit.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat lakukan dengan baik. Terasa sayu juga, dapat bantu mereka dengan hanya cara yang begini,” katanya.

Begitu pun, kata Kak Engku, dia mengharapkan agar semangat ini dapat memberi inspirasi buat semua ibu tunggal sekali gus menjadi kebanggaan buat anak-anaknya.

Hasil kutipan dan pembelian tiket pengunjung pada waktu siaran berkenaan, mereka berjaya mengumpulkan RM3,000.

Dalam pada itu, pada September depan, Kak Engku akan menyertai acara tahunan Menara KL iaitu Base Jump.

“Saya cukup sukakan dua perkara iaitu cabaran dan memasak. Malah, saya sangat  suka dengan  rancangan Fear Factor dan Masterchef.

“Namun, saya tidak dapat nak menyertainya disebabkan terikat dengan tugas di konti dan pengacaraan,” kata pengacara Primadona ini.

Friday, March 7, 2014

Gambar malam berinai Puteri Sarah Liyana

Sumber - izyan.com

Mengikut perancangan hari ini adalah hari pernikahan Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah Liyana, tapi tidak dipastikan jadi atau tidak disebabkan keadaan Syamsul terlantar di wad kerana dijangkiti demam denggi.

Puteri Sarah telah mengadakan malam berinainya semalam selepas waktu Maghrib. Malam berinai dihadiri oleh rakan-rakan beliau, setelah itu diadakan solat hajat untuk menyembuhkan Syamsul.

Persandingan mereka terpaksa ditunda namun akan diadakan pada bulan ini juga di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam. Yang penting pernikahan mereka harus disegerakan.

Harap semuanya berjalan dengan lancar. :)



Thursday, March 6, 2014

17 Gambar pra perkahwinan Aidil, Zarema


Sumber - izyan.com

Tak lama lagi pasangan kekasih Aidil Zafuan dan Zarema Zainal akan mendirikan rumahtangga dan bergelar suami isteri. Dengan kesempatan itu, kedua-dua nya telah membuat satu sesi fotograpi untuk pra perkahwinan mereka. Pemilihan lokasi di kawasan taman hutan dengan dihiasi suasana yang tenteram dan nyaman. -gambar Facebook WunderClique


Wednesday, March 5, 2014

Fizo tayang isteri?

Fizo Omar


BIARPUN telah sah bergelar suami isteri, tindakan aktor, Fizo Omar yang sering dilihat berkepit membawa isterinya, Mawar ke mana sahaja dia pergi telah mengundang pelbagai persepsi.

Ada juga segelintir pihak yang menyifatkan Fizo seakan menayang isterinya di khalayak ramai.

“Mestilah saya bawa ke mana sahaja sebab dia isteri saya. Saya akui memang selalu bersamanya.

“Saya tidak pasti kenapa perkara ini menjadi satu perkara yang besar,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fizo memberitahu sejak berkahwin, dia dan Mawar sering meluangkan masa bersama memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin.

“Sebelum berkahwin, kami tidak sempat bercinta. Sekarang ini adalah fasa untuk kami bercinta.

“Lagi pun saya dan Mawar saling membantu dalam menjalankan perniagaan masing-masing iaitu Hot Burger dan tudung jenama Fareeda sebab itulah kami sering dilihat bersama,” katanya yang akui masih berusaha untuk menimang cahaya mata.

'Cergas dan jelita'

Selain sibuk menjalani perniagaan yang semakin berkembang, Fizo dan Mawar buat pertama kalinya akan digandingkan bersama menerusi sebuah program ‘Cergas dan Jelita’ terbitan RTM.

“Sebenarnya kami dapat tawaran ini selepas berkahwin dan selepas dipujuk, akhirnya Mawar setuju untuk terima tawaran ini. Sebagai persediaan, Mawar kini sedang menjalani kelas pengacara bersama seseorang yang berpengalaman.

“Sebagai seorang suami, saya beri sokongan penuh kepadanya. Kalau selepas ini ada mana-mana produksi yang berminat mahu beri tawaran sama kepadanya, saya setuju tapi bukan untuk berlakon kerana masanya agak padat dengan perniagaannya,” katanya.

Pada masa yang sama, Mawar akui gugup untuk melaksanakan tugasan itu kerana tiada pengalaman.

“Pada awalnya memang agak berat untuk saya terima tawaran ini sebab tidak ada pengalaman. Tapi bila ibu dan suami yakinkan saya bersetuju untuk lakukannya.

“Tambahan pula dengan bidang ini banyak perkara yang boleh saya manfaatkan. Selain dapat mempromosikan perniagaan, saya juga boleh banyak belajar memandangkan ia berkaitan kesihatan wanita,” katanya. - Sinar Harian
 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.