Monday, February 24, 2014

Kisah cinta & persahabatan


Kali pertama mereka digandingkan adalah menerusi filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad berjudul Mukhsin pada 2006. Kemudian masing-masing disatukan dalam drama Budak Flat Jalan Bayan setahun yang lalu.

Kembali bersama buat kali ketiga menerusi drama bersiri Ride yang bakal menemui penonton setia stesen TV9 mulai 6 Mac ini, pelakon Shafie Naswip, 22, dan Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 19, mengakui tiada masalah untuk disatukan dalam mana-mana cerita, malah, berasa gembira kerana sudah mengenali diri masing-masing.


Menerusi drama 13 episod ini, Shafie memegang watak sebagai Fariq yang mempunyai niat untuk menguasai kawasan yang sudah menjadi tempat melepak Elana lakonan Aryana.

Menurut Shafie, sejak pertama kali mereka bertemu dalam filem Mukhsin dia sudah berasa selesa dan tiada sebarang masalah dalam menjayakan filem berkenaan.

“Sejak pertama kali digandingkan, saya berasa sangat selesa dengan Aryana, kami tiada masalah mungkin kerana usia masing-masing tidak jauh beza.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.