Monday, February 24, 2014

Nokia lancar tiga model Android

BARCELONA: Tiga telefon Nokia berasaskan sistem operasi Android diperkenalkan syarikat dari Finland itu dengan tawaran harga berpatutan serendah kira-kira RM400.

Di bawah keluarga X, Nokia memperkenalkan Nokia X, X+ dan XL yang diinspirasikan berdasarkan rekaan Lumia.

Nokia X mempunyai saiz skrin 4.0 inci dengan kamera 3.0 megapiksel manakala Nokia X+ disasarkan untuk pengguna menikmati lebih game, muzik, foto dan video.

Satu lagi model, Nokia XL bersaiz 5.0 inci akan dilengkapi kamera depan 2.0 megapiksel. Kesemua model dikuasakan pemprosesan Dual Core Qualcomm Snapdragon.

Foto
CEO Nokia Corporation, Stephen Elop membuat perlancaran produk terbaru Nokia di Mobile World Congress di Barcelona. FOTO AFP
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.