Tuesday, December 17, 2013

Izzue Islam keluar Forteen?


Izzue Islam 
Izzue Islam

JIKA menyebut nama Izzue Islam, pasti ramai wanita akan teringat akan lakonan-lakonan comel dan tidak kurang juga lakonan romantisnya dalam beberapa drama dan filem tempatan.

Namun, jika bercerita mengenai kerjayanya dalam bidang nyanyian, barangkali ada yang tidak perasan bahawa Izzue adalah salah seorang ahli kumpulan Forteen yang popular dengan lagu Berdua Bersatu, Seperti Dulu dan Kita.

Justeru dek kerana penglibatannya yang lebih terarah ke bidang lakonan, ada desas-desus yang mengatakan Izzue bakal disingkirkan dari kumpulan tersebut kerana sering gagal untuk hadir dalam persembahan yang melibatkan Forteen.

"Walaupun saya kadangkala tidak dapat turut serta dalam persembahan kumpulan Forteen, ia tidak menjadi isu kerana penganjur akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya saya tidak dapat turut serta.

"Pihak pengurusan saya sendiri sedia maklum mengenai jadual saya yang terikat dengan lakonan dan juga nyanyian. Mereka tidak ada masalah mengenai itu dan hormati kerja saya. Begitu juga dengan ahli Forteen yang lain,” jelasnya yang ditemui pada majlis pelancaran pelantikannya sebagai duta AuraMen dan Hanez Suraya sebagai duta AuraWhite.

Di tebak andainya dia terpaksa meninggalkan kumpulan Forteen kerana isu sebegitu suatu hari nanti, Izzue berkata dia berharap perkara seumpama itu tidak akan berlaku.

"Nyanyian dan lakonan adalah minat utama saya dan ia bergerak seiring. Tapi jika saya terpaksa keluar dari Forteen, saya pasti cukup sedih. Saya berharap perkara itu tidak berlaku dan saya akan terus bersama sama dengan kumpulan Forteen," katanya.

Tuah AuraWhite

Sementara itu, Izzue berkata, dia tidak menyangka setelah hampir setahun menggunakan produk AuraWhite, ia membawa tuah buatnya apabila dia dilantik sebagai duta produk kecantikan dan minuman kesihatan tersebut bagi produk terbaru iaitu AuraMen Turbo Collegen.

Katanya, dia dan isterinya menggunakan produk Aura White dalam menjaga penampilan dan kesihatan mereka.

"Dulu saya ingatkan AuraWhite hanya untuk wanita, rupanya lelaki boleh minum. Bila saya ambil, badan saya memang rasa bertenaga.

"Tidak sangka pula pihak Aura White Global Sdn Bhd dapat tahu yang saya amalkan produk mereka. Mereka terus melamar saya untuk jadi duta produk terbaru iaitu khas untuk lelaki, AuraMen. Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan menjadi duta mereka," katanya yang menandatangani kontrak selama setahun.

Selain Izzue, aktres jelita Hanez Suraya telah dikekalkan sebagai duta bagi satu lagi produk baru iaitu AuraWhite Skin SPA.

Sementara itu perkembangan terbaru Izzue, dia akan berangkat ke Hong Kong (Isnin) sempena percutian bersama peminat-peminatnya selama 6 hari 5 malam.

Sekembalinya dari bercuti, dia akan menjalani penggambaran drama adaptasi novel namun judulnya masih dirahsiakan.

Selain itu, dia juga sedang menantikan tayangan filem lakonannya iaitu Chikaro pada 26 November ini dan filem Kami Histeria pada 6 Februari depan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.