Tuesday, December 17, 2013

Kehilangan Pelakon Azean sangat dirasai


Azean Irdawaty

PENGARAH terkenal, Ahmad Idham menyifatkan pemergian Seniwati Azean Irdawaty sebagai kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air.

Menurutnya, Allahyarhamah seorang yang mempunyai komitmen tinggi dalam dunia hiburan.

"Saya pernah bekerjasama dengannya dalam filem Anakku Sazali, dia memegang watak sebagai ibu saya.

"Pengalaman manis berkerja dengannya banyak memberi semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai anak wayang.

"Saya masih ingat kata trademark arwah iaitu 'lihatlah dunia' yang masih segar dalam ingatan," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, mungkin artis baru tak ramai yang punya pengalaman berlakon bersama Allahyarhamah, tetapi bagi mereka yang ada peluang, ia pasti pengalaman yang cukup berharga.

Seniwati Azean Irdawaty,62, menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 8.30 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarhamah sebelum ini menghidap penyakit kanser dan beberapa penyakit lain.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan hari ini.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.