Wednesday, March 5, 2014

Hanez Suraya Mahu Isteri Kekasih Mohon Maaf

ohartis-hanez-suraya-pembedahan-plastik-hidung

Ketika ini sedang berlangsungnya majlis sidang media yang diadakan oleh aktres cantik penuh kontroversi Hanez Suraya berhubung dengan isunya yang bercinta dengan suami orang.

Sidang media ini diadakan untuk menjawab semua persoalan berkaitan isu itu. Hanez dilihat hadir bersama kekasihnya Mr. R atau nama sebenarnya Romin Razin Adilha.

Susulan itu, Hanez Suraya menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada isteri kekasihnya Mr. R kerana kononnya telah membuat fitnah terhadapnya dan menyebabkan duta produk Aura White ini menanggung malu.
“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini”
“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini,” katanya.
Menurut Hanez lagi, berikutan isu ini perjalanan kariernya turut terkena tempias dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Untuk makluman, Mr. R yang berusia 34 tahun itu masih lagi berstatus suami kepada Nurliyana Manan dan mempunyai dua orang cahaya mata hasil daripada penikahan mereka.

Walaubagaimanapun, pasangan itu dikatakan sedang dalam proses penceraian kerana masih menunggu perbicaraan di mahkamah. Sumber ohartis.com
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.