Wednesday, March 5, 2014

Nasi Air 'Student' laku, RM1 sebungkus

Nasi Air 'Student' laku, RM1 sebungkus
Sharifah menunjukkan Nasi Air ‘Student’ yang dijual dengan harga RM1 sebungkus.
 
RANTAU PANJANG – Seorang peniaga makanan di Zon Bebas Cukai masih mengekalkan harga rendah, meskipun banyak pihak lain berlumba-lumba menaikkan harga jualan.

Peniaga, Sharifah Rohnisa Syed Mahamchara, 52, berkata, memikirkan taraf hidup semakin tinggi, dia tidak sanggup membebankan pelanggannya dengan harga yang mahal.

Menurutnya, dia mula menjual Nasi Air 'Student’ sejak tiga tahun lalu, berdekatan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi kerana pelanggannya ketika itu kebanyakannya murid sekolah.

“Ketika itu, memandangkan harganya yang rendah iaitu RM1 sebungkus, saya mampu menjual hampir 100 bungkus dalam masa sejam.

“Biarpun masa berlalu lebih tiga tahun, namun saya tidak berhajat mahu menaikkan harga Nasi Air ‘Student’ kerana kebanyakan pembeli adalah pelanggan tetap,” katanya.

Melihat kepada sambutan luar biasa, Sharifah membuka satu lagi gerai dekat Kedai Syed Ali Qubra agar pengunjung di sini, dapat merasa juadah yang juga popular di Thailand.

Menurutnya, di Thailand bubur nasi dikenali sebagai ‘Joke’ dan hanya boleh didapati ketika bersarapan.

Berbeza dengan suasana di negara ini, Sharifah berkata, sajian ini banyak diambil ketika makan tengah hari sehingga lewat petang.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.