Bekas pemain negara, Razif Sidek
telah tampil bagi menjelaskan kes yang menimpa Lee Chong Wei yang
didapati positif dalam sampel ‘B’ dan dijangka berdepan dengan
pergantungan selama 2 tahun.
Menurut Razif, ramai pegawai
termasuklah pemain-pemain dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedar
akan kesalahan yang dilakukan oleh pemain nombor satu dunia itu.
Akan tetapi, tiada sesiapa yang
berani membuka mulut kerana menyedari status Datuk Lee Chong Wei sebagai
jaguh badminton negara dan dunia.
“Sebelum ini, susah nak bercakap
sebab tiada bukti kukuh. Kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu
tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.
“Boleh dikatakan pemain senior
dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah, perkara ini turut mendapat
pengetahuan daripada pemain-pemain junior tetapi mereka sedar bahawa
atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.
“Saya difahamkan dia mengambil
dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini semata-mata
untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan.
“Bukankah saya dah cakap sebelum
ini? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu, tetapi kisah ini
telah dimaklumkan kepada saya oleh beberapa individu dalam persatuan itu
sendiri,” katanya.
Chong Wei kini dikenakan
penggantungan sementara dan hukuman sebenar akan diumumkan selepas Panel
Pendengaran Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selesai bersidang
pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi.