Saturday, February 8, 2014

Sarah Raisuddin Akui Beralah Demi Shuib

ohmedia-sarah-shuib

Semalam menyaksikan kumpulan Sepahtu telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2013 dan sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM500,000. Salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut merupakan suami kepada penyanyi kecil molek Sarah Raisuddin iaitu Shuib.

Melihat perkembangan mereka selepas berkahwin, Sarah kelihatan jarang menonjol tetapi sebaliknya bintang suaminya lebih menyerlah. Menurut Sarah, dia mengakui bahawa dia kini sedang beralah dengan Shuib dan mendahulukan kerjaya suamnya itu.
“Semenjak saya berkahwin dengan Shuib, saya memang mendahulukan dirinya dalam segala hal. Saya memang galakkan dia ke hadapan. Sebenarnya, saya pun ada perancangan kerjaya sendiri. Tapi apabila saya mahu tampil dengan lagu terbaru, saya mengandung pula anak kedua. Jadi saya fokus dahulu dalam menjadi ibu dan isteri. Namun begitu, walaupun tanpa sebarang produk baru, undangan membuat persembahan masih banyak, Alhamdulillah,” tutur anak kepada penyanyi Raissuddin Hamzah ini.
“Alhamdulillah, Shuib sediakan cukup semuanya, makan, pakai dan tempat tinggal. Saya cukup selesa. Kasih sayang yang Shuib berikan untuk saya dan anak-anak sudah cukup mewah bagi saya. Saya masih ingat dahulu, ketika kami baru sahaja berkahwin, saya pindah ke rumahnya. Pada masa itu, kelengkapan rumah masih belum lengkap lagi. Dia janji pada saya yang dia akan menyediakan semua kelengkapan rumah untuk kehidupan kami sekeluarga. Nyata kini Shuib menunaikan janjinya pada saya,” tutur Sarah sambil tersenyum.
Dalam perkembangan lain, Sarah & Shuib kini telah dilantik sebagai duta bagi produk pengurusan badan iaitu Royal Slim Lishou Magic keluaran Le Elise Resource. Sarah berjaya mengurangkan berat daripada 70kilogram kepada 43kilogram selepas melahirkan cahaya mata keduanya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.