Tuesday, February 25, 2014

Pelakon Liza Abdullah Sah Bercerai Talak Satu



Semalam sekali lagi menyaksikan rumahtangga selebriti tanahair berakhir apabila pelakon dramatis terkenal Liza Abdullah, 50, telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 3.05petang.

Lafaz telah dibuat oleh suaminya iaitu Zolkifli Abdul Rahman, 58 di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas bersetuju melepaskan isterinya dengan cara baik. Suasana pilu menyelubungi perkarangan mahkamah selepas lafaz di buat.

Mengubah pemikiran, sikap dan niat bekerja adalah sangat penting bagi manusia kerana pemikiran yang negatif, sikap yang buruk dan niat yang salah menjadi punca tekanan dan akhirnya menyebabkan prestasi kerja berkurangan dan menyebabkan kerugian.
Dengan izin Allah Terapi Pekerja Bestari ini dapat mengubah pemikiran, sikap dan niat kita bekerja sekaligus menjadikan kita seorang pekerja yang lebih bertanggungjawap, berdedikasi, menepati waktu dan lebih cekap dalam melaksanakan tugasan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila Whatapps/sms 017-6171757 (En. Abdul Rahim) atau hubungi talian tetap 03-61785029 atau melalui email: ihwcinternational@gmail.com
Pakej Terapi Pekerja Bestari ini berharga RM 140.00 sahaja yang mengandungi 6 track audio terapi yang unik dan terbukti berkesan.
Hasil perkahwinan Liza dan Zolkifli selama 26 tahun, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata dan dua di antaranya hadir ke mahkamah iaitu Zulhaffiz Zarriq dan Nurwafiez Syahiddah turut menitiskan air mata.

Terdahulu pasangan ini mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun yang lalu kerana konfik rumahtangga yang berpanjangan. Liza memfailkan permohonan penceraian pada 25 Novermber tahun lalu dan akan menjalani edah selama tiga kali suci.

Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang ditemui diluar Mahkamah dengan mengenakan jubah hitam enggan mengulas lanjut tentang penceraiannya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.