Friday, February 7, 2014

Bocey jadi pilihan

KUALA LUMPUR: Menerusi bancian ringkas yang dijalankan di laman peminat Facebook myMetro, rata-rata berpendapat kumpulan Bocey berpeluang untuk menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang bakal melabuhkan tirai malam ini.

Daripada 144 komen dan undi pembaca, Bocey memperoleh 40 peratus undi (58), kumpulan Shiro di tempat kedua dengan 34 peratus (50), ketiga kumpulan Jambu dengan 14 peratus undi (20) dan Nabil 1.3 peratus undi (2).

“Pada saya jujur dan ikhlas bocey adalah yg terbaik lawaknya ada kekuatan dan penuh dgn kata nasihat yg disampaikan melalui lawak.


Lagipun lawaknya bersopan dan tidak menyakiti hati sesiapapun, Insyaallah tuhan permudahkan,” komen peminat FB, Zainitul Salleh.
“Ikut populariti Sepahtu atau Shiro,ikut konsisten dan idea yg fresh bocey bleh jd juara,kalau rezeki xkemane..

Nabil n Jambu xpayahla, buat meriahkan suasana blehla..” kata Zetty Z Ibrahim.
Pertandingan akhir MLM 2013 akan ke udara di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD bermula jam 10 malam ini.


Foto
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.