Friday, February 14, 2014

Almy Nadia Terkejut, Akui Sudah Bertunang

Amboi, amboi, amboi. Memang gadis Melayu terakhir sungguh Almy Nadia ini. Malu-malu apabila bakal suami mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Untunglah Fizz dapat bakal isteri pemalu sebegini. Namun begitu bagi Abang Nara ini menunjukkan komitmen Fizz Fairuz kerana dengan yakinnya membuat pengumuman mengenai tarikh majlis pernikahan mereka.

fizz almy

Kata Almy Nadia menerusi Harian Metro hari ini:-
Saya tidak jangka sebenarnya. Terkejut juga bila dia dedahkan. Terkejut juga bia Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan)kepada media tadi (semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April nanti.
Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya. Patut simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia bosan asyik diajukan pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga.
fizz almy 

Untuk makluman anda, Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah bertunang 22 Oktober 2013. Namun pertunangan ini dirahsiakan kerana takut ada pihak yang kurang senang. Kata Almy kepada Mstar Online:-
Saya bukan sengaja merahsiakan pertunangan kami pada tahun lalu, ia adalah permintaan kedua-dua keluarga agar tidak timbul perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini, ada orang suka ada juga yang tidak suka, sebab itu saya lebih selesa ia diumumkan selepas kad jemputan kahwin siap nanti. Tapi Fizz telah umumkannya awal.
Selepas berbagai perkara yang terjadi selama lapan tahun hubungan kami, saya lebih berhati-hati untuk bercakap. Apa-apa pun kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan segalanya
Tahniah diucapkan buat Almy dan Fizz atas pertunangan dan majlis pernikahan yang bakal dilangsungkan. Abang Nara pasti para peminat anda berdua sudah tidak sabar menunggu hari bahagia anda.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.