Kuala Lumpur: “Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya
dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,”
kata pelakon Rozita Che Wan mengenai seorang lelaki menyamar sebagai
dirinya dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.
Rozita, 40, yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini, jam 7.30 malam tadi.
Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuannya selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini untuk bayaran 70 pasang baju pengantin.
Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripadanya untuk majlis persandingannya di Kedah.
“Padahal saya tak buat pun majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit. Sumber myMetro

ROZITA ketika membuat laporan polis malam tadi.