Kuala Lumpur: Helah sekumpulan tiga pelancong warga Eropah masuk ke
negara ini untuk mengambil wang dari akaun pelanggan dengan menggunakan
alat pengimbas dikenali sebagai ‘skimming device’ terbongkar apabila
seorang daripada mereka ditahan polis, 18 Disember lalu.
Difahamkan, suspek berusia 30-an itu dipercayai keluar masuk ke Malaysia sejak awal tahun ini sebagai pelancong untuk memasang alat pengimbas di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekitar ibu kota bertujuan merakam nombor pin dan kad ATM pelanggan yang menggunakan mesin ATM berkenaan sebelum mengklon kad ATM palsu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abd Ghany berkata, kegiatan itu dikesan dilakukan di dua buah mesin ATM terletak di pusat beli-belah di Jalan Imbi dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada hujung bulan lalu.
Katanya, kad yang siap diklon kemudian diserahkan kepada anggota sindiket dipercayai berada di luar negara bagi melakukan pengeluaran wang tunai menggunakan mesin ATM dari bank berlainan dengan yang dimiliki pelanggan terbabit.
“Kejadian itu mula disedari seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas memeriksa mesin ATM di sebuah pusat beli-belah kira-kira jam 2.30 petang, 25 November lalu, apabila menemui alat berkenaan dilekatkan berhampiran papan kekunci ATM.
“Dalam kejadian terbaru pada 18 Disember lalu, polis menerima laporan daripada pelanggan memaklumkan menemui alat dipercayai digunakan untuk merakam nombor sebelum membuat laporan polis.
“Tindakan pantas polis menahan seorang anggota sindiket warga
Poland kira-kira jam 4.30 petang hari sama ketika suspek sedang
menanggalkan alat pengimbas yang dilekatkan pada mesin ATM itu,”
katanya, di sini, petang semalam.
Izany berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan sudah lama bergiat aktif di luar negara dan masuk ke negara ini sejak awal tahun ini dengan menggunakan modus operandi sama.
Difahamkan, suspek berusia 30-an itu dipercayai keluar masuk ke Malaysia sejak awal tahun ini sebagai pelancong untuk memasang alat pengimbas di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekitar ibu kota bertujuan merakam nombor pin dan kad ATM pelanggan yang menggunakan mesin ATM berkenaan sebelum mengklon kad ATM palsu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abd Ghany berkata, kegiatan itu dikesan dilakukan di dua buah mesin ATM terletak di pusat beli-belah di Jalan Imbi dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada hujung bulan lalu.
Katanya, kad yang siap diklon kemudian diserahkan kepada anggota sindiket dipercayai berada di luar negara bagi melakukan pengeluaran wang tunai menggunakan mesin ATM dari bank berlainan dengan yang dimiliki pelanggan terbabit.
“Kejadian itu mula disedari seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas memeriksa mesin ATM di sebuah pusat beli-belah kira-kira jam 2.30 petang, 25 November lalu, apabila menemui alat berkenaan dilekatkan berhampiran papan kekunci ATM.
“Dalam kejadian terbaru pada 18 Disember lalu, polis menerima laporan daripada pelanggan memaklumkan menemui alat dipercayai digunakan untuk merakam nombor sebelum membuat laporan polis.
IZANY (kanan) menunjukkan alat yang digunakan sindiket.