Thursday, October 2, 2014

Budak sekolah jatuh lagi

Keningau: Seorang murid lelaki tahun enam parah dan kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Keningau, dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Ansip, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.55 pagi itu, mangsa Dylause Dionel, parah dikepala dipercayai terjatuh dari koridor bangunan tingkat tiga berkenaan.

Bapa mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudian membuat laporan polis kerana tidak puas hati selepas tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah berhubung perkara itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau Asisten Superintendan Merbin Ak Lisa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihak polis masih menjalankan siasatan.

FotoDYLAUSE sedang dirawat di Hospital Keningau. FOTO ihsan pembaca

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian berkenaan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.