Sunday, December 22, 2013

Pekin dan Uqasha Senrose Sudah tetap tarikh

Sudah tetap tarikh

HUBUNGAN percintaan Pekin Ibrahim, 32, dan Uqasha Senrose, 21, hampir berakhir gara-gara kontroversi yang mengaitkan pelakon sensasi, Shaarnaaz Ahmad.

Menyedari ia hanya salah faham, hubungan kasih sayang antara mereka kemudiannya kembali bertaut seperti sediakala.

Menurut Pekin, disebabkan kontroversi itu juga hubungan mereka semakin bertambah erat, malah bakal mempercepatkan penyatuan di antara mereka berdua.

Pekin yang sebelum ini berteka teki dengan tarikh perkahwinannya, akhirnya mengaku tidak mahu menunggu lama untuk melamar wanita yang berjaya menambat hatinya itu sebagai suri hidupnya.

Dia yang ditemui pada malam tayangan filem Tokan, di e@curve khamis lalu, sudah menetapkan tarikh perkahwinannya dan sudah mendapat persetujuan daripada kedua belah keluarga.

Bagaimanapun menurut Pekin, keluarganya tidak mahu tarikh perkahwinan itu didedahkan pada umum atas alasan tersendiri.

“InshaALLAH, kami akan berkahwin tahun depan. Tapi keluarga saya masih tidak benarkan saya mengumumkan tarikh perkahwinan kami,” katanya yang mengikat pertunangan dengan Uqasha pada 6 Julai lalu.

Rezeki bakal pengantin

Beralih kepada perkembangan terbarunya, Pekin berkata, dia sangat bersyukur kerana walaupun timbul kontroversi yang mengaitkan hubungannya dengan tunangnya, namun rezekinya sentiasa dimurahkan ALLAH SWT.

“Saya bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini, tidak putus-putus tawaran berlakon, mungkin disebabkan rezeki saya yang bakal berkahwin.

“Sekarang ni saya baharu saja selesai menjalani penggambaran filem seram berjudul Villa Nabila. Ia adalah berkisar dari cerita benar, arahan Syafiq Yusof, " katanya yang juga menunggu tayangan  filem lakonannya melalui Apokalips, Tujuh dan Rentas yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

Pekin yang bakal muncul dalam filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar itu, turut menceritakan sedikit tentang wataknya sebagai pengawal peribadi Tokan Besar di Melaka, iaitu Tuan Kamil (lakonan Wan Hanafi Su).

Filem tersebut bakal ditayangkan pada 26 Disember ini.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.