Thursday, November 6, 2014

Video buli - Polis kesan lokasi pelajar






SHAH ALAM – Polis setiap negeri sedang giat mengesan sekolah dan pelajar yang terlibat dalam dua klip video aksi buli yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, arahan khusus telah diberikan kepada semua pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri bagi mengesan perkara tersebut.

“Ekoran daripada penyebaran dua klip video di laman sosial yang memaparkan aksi buli yang berlainan oleh sekumpulan pelajar di sekolah berasrama, arahan khusus telah diberikan kepada semua pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri untuk mengesan sekolah serta pelajar yang terlibat.

“Siasatan untuk kenal pasti tempat sebenar sedang dijalankan dan pihak polis merayu kepada orang ramai, pihak sekolah, guru serta ibu bapa dan pelajar terlibat yang mengetahui dan mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Dua klip video yang tersebar menunjukkan aksi pukul pelajar-pelajar lelaki dipercayai di asrama berdasarkan imej katil yang terdapat dalam video tersebut.

Dua video tersebut menimbulkan kemarahan orang awam dan menuntut tindakan segera pihak berkuasa.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.