Tuesday, October 21, 2014

‘Saya hanya tonton ‘live band’


Petaling Jaya: “Saya hanya menonton persembahan ‘live band’ dan kebetulan seorang peminat wanita nak bergambar dengan saya,” kata pelakon, Zul Ariffin, 28, menafikan dia mabuk dan berfoya-foya dengan wanita di sebuah kelab malam di Langkawi, baru-baru ini.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berkata, demikian berhubung penyebaran gambarnya dikatakan sedang mabuk yang tersebar di Internet sejak beberapa minggu lalu.

Zul ketika ditemui berkata, ia berlaku ketika dia menjalani penggambaran drama bersiri Istikharah Cinta di pulau pelancongan itu, baru-baru ini.

Selain itu, Zul turut menafikan kejadian itu berlaku di kelab malam kerana di Langkawi memang tidak wujud kelab seumpama itu.

“Saya bukan kaki sosial atau suka berparti. Sebelum ini saya kerap menonton persembahan ‘live band’ di Kuala Lumpur tetapi saya dapati ia makin membosankan sehingga saya hentikan aktiviti itu.

“Apabila berada di Langkawi, saya teringin menonton persembahan ‘live band’ di sebuah kafe dan kebetulan seorang peminat wanita menyapa saya serta minta untuk bergambar. Saya anggap dia peminat dan sudi penuhi keinginannya tetapi tidak kenal siapa dia.

“Memang ramai peminat yang nak ambil gambar dengan pelbagai gaya ketika bertemu saya.
“Saya tahu mungkin mereka berniat nak berkongsi dengan orang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumumuan pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) di Sri Pentas di sini, hari ini.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.