NEW YORK: Harga minyak mentah dunia jatuh
lagi pada Rabu di tengah-tengah kebimbangan kemungkinan perkembangan
ekonomi dunia yang perlahan sekaligus mengurangkan permintaan terhadap
bahan bakar itu dan wujudnya lebihan di pasaran.
Petunjuk harga Amerika Syarikat West Texas Intermediate menyaksikan kejatuhan 6 sen kepada USD81.78 (RM267.40) setong untuk bulan November dalam dagangan di New York Mercantile Exchange, paras terendah sejak Jun 2012.
Petunjuk harga minyak Eropah, Brent menyaksikan kejatuhan USD1.22 (RM3.90) kepada USD83.78 (RM268) setong dalam dagangan di London.
Kerugian dilihat rendah berbanding hari sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan hampir lima peratus selepas Agensi Tenaga Antarabangsa mengubah unjuran permintaan minyak dunia.
Harga minyak di Amerika di Amerika Syarikat telah jatuh hampir 24 peratus sejak pertengahan Jun.
Sejak beberapa hari lalu, harga minyak dunia menyaksikan aliran menurun selepas negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti China dan negara-negara Eropah mengubah unjuran pertumbuhan kepada paras lebih rendah.
Ia diburukkan lagi dengan berita negara pengeluar minyak Arab Saudi dan OPEC melahirkan pendirian tidak akan menyekat pengeluaran meskipun harga minyak jatuh.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/harga-minyak-mentah-dunia-terus-jatuh-46247?cp