Walaupun semakin jarang kedengaran, namun kontroversi sebenarnya masih wujud dalam hidup pelakon bernama Fasha Sandha ini dan beliau ada pendekatan sendiri untuk menangangi apa apa kontroversi yang timbul lebih lebih lagi selepas berkahwin.
Bercakap kepada Harian Metro baru baru ini, Fasha Sandha mengakui yang banyak kontroversi berunsur negatif semakin lenyap seiring dengan peralihan dalam fasa kehidupannya.
“Selepas saya berkahwin dan mempunyai cahayamata, jarang sekali saya ditimpa kontroversi dan saya akui dapat merasakan perbezaan itu. Sekiranya ada, saya hanya membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Peminat saya bijak, mereka pandai menilai. Formula saya mudah sahaja, apabila sesuatu kontroversi datang, saya biarkan ia berlalu tanpa perlu melatah,” ujar Fasha Sandha.
Fasha Sandha menambah yang yang resepi itu menjadi pendinding berkesan yang membuatkan apa apa kontroversi gagal melekat pada dirinya.
Bagus pendirian pelakon ini yang enggan melayan banyak sangat kata kata negatif dari mereka di luar sana. Sekarang ini pasti para peminat tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua yang dijangka tidak lama lagi ini. Pasti comel!