Wednesday, February 5, 2014

Saingan Android, Pebble & iOS


Foto
SKRIN antara ciri utama jam pintar.

Teknologi pembuatan jam tangan kini menjangkau evolusi yang menjurus ke arah konsep digital apabila pengeluar jenama elektronik berlumba-lumba menghasilkan rekaan yang paling canggih dengan fungsi terhebat.

Revolusi jam pintar sedia ada menyaksikan pengeluar mula menghasilkan jam pintar yang mempunyai memori, beroperasi menggunakan pemprosesan dan paparan
skrin lebih jelas untuk sesuatu aktiviti yang dilakukan.

am pintar yang turut dikategorikan sebagai peranti boleh pakai (wearable) misalnya boleh menetapkan masa untuk mengayuh basikal selama sejam dan selepas beberapa minit, ingin melihat semula berapa lama anda sudah mengayuhnya atau jumlah kayuhan dan serta kalori yang berjaya dihapuskan. 

Sehingga kini, jam pintar boleh dikategorikan sebagai jam yang mempunyai pemprosesan khas, menyimpan memori dan paparan digital yang boleh dihubungkan ke peranti mudah alih lain bagi pemindahan data.
Jam tangan pintar bukan ancaman kepada jam konvensional apatah lagi ciri utama seperti keupayaan ketahanan bateri langsung tidak mampu menyaingi jam konvensional yang lebih mudah dan tidak perlu dicas secara kerap.

Namun, berdasarkan kisah lama sejarah jam di dunia, pengguna dan pengeluar
jam boleh me­ngambil serius evolusi jam yang merubah dunia.

Pada 1970-an, pembuat jam Switzerland hampir gulung tikar kerana memandang rendah kepenti­ngan jam kuarza.

Seperti jam kuarza empat dekad lalu, peranti itu sedang dipandang ringan. Mengikut kajian syarikat perunding Deloitte, dua pertiga daripada eksekutif dalam industri jam Swiss mengatakan jam pintar tidak menimbulkan ancaman.

Agensi analisis pasaran, Researcher Strategy Analytics meramalkan jualan global tujuh jam pintar tahun ini.

Sanford C Bernstein mengunjurkan bahawa Apple Inc bakal menyaksikan pendapatan daripada jualan iWatch kira-kira RM7.1 bilion hingga RM17.8 pada tahun pertama ia menjual peranti terbabit.

Jam tangan Swiss yang mewah begitu rendah daripada sudut pandangan teknologi, ia tidak lagi perlu wujud.

Apabila jam tangan kuarza dengan kuasa bateri diperkenalkan pada 1970-an, ramai pengguna tidak lagi menggunakan jam ta­ngan mekanikal yang teknologinya dianggap lebih berusia kerana kedua-dua pergerakan jarum jam menggunakan gear dan berliku-liku serta memanfaatkan tenaga dari gerakan pergelangan tangan pemakai.

Menurut Persekutuan Industri Jam Switzerland, kumpulan yang mewakili pengeluar jam, jumlah pekerja dalam industri jam Swiss menurun daripada 90,000 pada 1970 kepada hanya 30,000 pada 1984 dan jumlah syarikat juga menurun daripada 1,600 pada 1970 kepada 600 sekarang.

Satu daripada sebab terbesar ialah jam tangan kuarza lebih murah dan lebih boleh dipercayai, malah jam tangan mekanikal yang paling mahal akan kehila­ngan beberapa saat seminggu dan memerlukan penyelenggaraan setiap beberapa tahun yang kosnya mung­kin lebih tinggi daripada harga dua iPhone baru.

Menurut satu lagi agensi penyelidik produk elektronik, NextMarket Insights, antara faktor yang memberi impak kepada kepopularan jam pintar termasuk kemajuan dalam teknologi pemprosesan, skrin dan kepenggunaannya dalam segmen
kecergasan serta kanak-kanak.

Menurut Ketua Analisis, Michael Wolf, faktor terbabit bakal menjadikan 373 juta jam pintar bakal dihasilkan pada 2020 berbanding 15 juta enam tahun sebelumnya.

“Industri jam secara keseluruhan­nya memasarkan lebih satu bilion jam setahun manakala lebih tujuh pengguna pelang­gan mudah alih berada di dunia,” kata Wolf.

Menurut Wolf, agensi penyelidik yakin pertumbuhan jam pintar bakal berlaku pantas dengan peluang yang bertambah.

“Pelbagai syarikat elektronik dan pengaruh syarikat China bakal memberi kesan kepada pengeluaran jam pintar terutama yang menggunakan sistem operasi berasaskan Android,” katanya.

Wolf berkata, antara faktor penting dalam menghasilkan jam pintar termasuk fungsi menerima panggilan dan keupayaan data.

“Tiga platform utama yang bakal mengoperasikan jam pintar pula termasuk Android, Pebble OS dan iOS,” katanya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.