Thursday, February 20, 2014

MRT: Jalan Damansara, Jalan Sungai Buloh ditutup

20140220-093444.jpg

KUALA LUMPUR – Laluan paling kanan di kedua-dua arah Jalan Damansara berdekatan Muzium Negara akan ditutup sementara dari 22 Februari hingga 30 Ogos bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan laluan MRT.

MRT Corp dalam satu kenyataan berkata laluan sepanjang 50 meter itu akan ditutup dari pukul 10 malam hingga 5 pagi.

Sementara itu laluan paling kanan Jalan Sungai Buloh (arah ke Sungai Buloh dan Shah Alam) akan ditutup Ahad ini dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Penutupan sepanjang 40 meter itu bagi memberi laluan untuk kerja-kerja mengubah semula lampu jalan, kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my atau menghubungi hotline MRT 1-800-82-6868 untuk maklumat lanjut. – Bernama

Sumber: Sinar Harian
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.