KUANTAN: Penyokong kedua-dua pasukan 
saling bertukar provokasi sebaik sahaja perlawanan Liga Super antara 
Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) berakhir di Stadium Darul Makmur di 
sini malam tadi.
 
Semuanya berpunca dari segelintir penyokong taksub dari kedua-dua pihak yang melemparkan kata-kata provokasi sambil membaling botol minuman.
 
Namun anggota polis pantas mengawal keadaan dengan mengepung kawasan tempat duduk penyokong JDT, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.
 
Selain itu, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan mengiringi penyokong JDT keluar daripada stadium supaya tidak tercetus pergaduhan.
 
Sementara itu, polis mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya walaupun tercetus beberapa insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim.
 
Perlawanan berkesudahan Pahang menang 3-2 ke atas JDT

 Kecoh setelah tamat perlawanan Pahang, JDT

 0 Comments
0 Comments