Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.
Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.
Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama. -Harian Metro, 15.1.2014