Sunday, January 19, 2014

Bekas pengedar dadah kini hafaz 30 juzuk al-Quran

 Foto 
ZUL menceritakan semula dosa silam sebagai pengedar dadah sebelum insaf dan kini mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran

Sepang: “Hidayah itu milik Allah. Dulu saya seperti raja di ibu kota. Saya kaya menerusi kegiatan mengedar dadah dengan pendapatan kira-kira RM5,000 sehari, malah disebabkan prestasi jualan tinggi, saya dibekalkan pistol oleh pihak sindiket. Saya tak takut sesiapa pun.

“Namun, kini saya rasa terlalu kerdil dan gerun mengenangkan dosa silam. Moga Allah ampunkan saya,” itulah pengakuan bekas seorang pengedar dadah juvana yang kini sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas dia menemui sinar keinsafan dan kini membuka pusat tahfiz al-Quran.

Menceritakan semula sejarah hitam hidupnya, pemuda berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu berkata, dia terjerumus dalam kegiatan pengedaran dadah pada 2004 seawal usia 15 tahun dan berada dalam ‘prestasi’ kemuncak hanya dalam tempoh tiga tahun kemudian sebelum diberkas keluarganya sendiri.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.