PASIR MAS: Kira-kira 60 kedai kebanyakannya kedai menjual pakaian di pekan Rantau Panjang, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagaimanapun, kejadian itu mencetuskan suasana cemas dan kelam kabut di kawasan sekitar.
Peniaga yang kedai mereka terletak berhampiran kawasan kebakaran tidak mahu mengambil risiko apabila mengeluarkan barangan dari dalam kedai untuk diletakkan di tempat selamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Abdul Jalil Ishak berkata, seramai 33 pegawai dan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubur terbabit dalam operasi memadam kebakaran
"Kita berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan rumah di belakang kedai serta kedai lain.
"Punca dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya.