Monday, October 13, 2014

Ugut bunuh - Polis rakam keterangan Rita

Rita Rudaini 
Rita Rudaini

SHAH ALAM - Gara-gara status 'panas' yang dimuat naik pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan yang juga bekas suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini di akaun Instagram miliknya, Rita dikatakan telah menerima ugutan bunuh, lapor Media Hiburan Online.

Aidil memuat naik status dan gambar yang memaparkan transaksi pindahan wang nafkah anak-anak pada 10 Oktober lalu bagi membuktikan dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya selama ini.

Melalui status tersebut, salah seorang pengikut Aidil yang menggunakan akaun bernama ‘Hanifhafizul’ telah menulis, ‘upah orang suruh bunuh saja Rita. Habis cerita.’

Pemilik akaun sama turut memanjangkan lagi komennya dengan menasihati Aidil agar membuat perancangan untuk membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk hidup.

"Tak apa bro. Lain kali kena rancang macam mana nak bunuh si Rita ini. Jangan biar dia hidup. Panas pula rasa,” tulisnya.

Sehubungan itu, pelakon tersebut telah membuat laporan polis keesokannya di Balai Polis, Jalan Tun Razak, ekoran bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anaknya.

Semalam, Rita telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubungan laporan yang dibuatnya.

 "Betul, anak guam saya telah dipanggil memberi keterangan berhubung ugutan bunuh yang diterima.

“Tunggu sahaja tindakan selanjutnya," ujar peguam yang mewakili Rita ketika dihubungi Media Hiburan Online, hari ini.

Sementara itu, Rita juga menjelaskan yang laporan dibuat bagi melindungi keselamatan diri dan anak-anaknya.

"Apa yang dimuat naik Aidil dengan kapsyen tersebut telah menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya yang akhirnya berlaku ugutan bunuh.

“Bimbang akan keselamatan diri, saya perlu melakukan sesuatu," katanya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.