Friday, October 17, 2014

Polis cari 4 wanita berjemur tanpa coli

PORT DICKSON: Empat wanita dipercayai pelancong asing yang didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di sini semalam sedang dikesan.

Jurucakap polis berkata, satu laporan mengenai perkara itu diterima pada 8.30 malam tadi dan usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti mereka berkenaan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Khoo Leng Huat mengesahkan terdapat laporan tentang perkara itu yang berlaku kira-kira 2 petang semasa cuaca panas terik.
Gelagat mereka disedari seorang pengunjung dan merakamkannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab Khalid Mat, berkata pihaknya turut memandang serius perkara itu.

"Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan," katanya.
- BERNAMA

EMPAT wanita dipercayai pelancong asing didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4, Port Dickson semalam. - Foto Mohd Khidir Zakaria
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.