Friday, October 3, 2014

Ibu Hishammuddin meninggal dunia

Kuala Lumpur: Ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tun Suhailah Mohd Noah, 82, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Damansara dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam ini.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua dan dijangka dibawa ke kediamannya di Jalan Changkat Tunku, di sini.


Jenazah dibawa keluar dari hospital menuju ke kediaman Allahyarham pada jam 1.40 pagi menggunakan van jenazah istiadat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kawalan polis trafik.

Allahyarham adalah balu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

FotoJENAZAH Tun Suhailah Tan Sri Mohamad Noah (gambar kecil) dibawa keluar dari Hospital Pakar Damansara.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.