Kesan Buruk Memaki Bra Dan Seluar Semasa Tidur | Artikel ini adalah artikel informasi berkaitan pemakaian ketika tidur yang kadang-kadang kita tak ambil berat hal ini.
Jom baca! Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel,
tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau
nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri
2-3 hari.‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar
dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya.
Jadi
anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik,
tanpa pakaian dalam. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan
detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi
kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon
imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses
pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah
yang rugi.
Oleh
kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan
pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur,
sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses
pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer
and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara
harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang
dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu,
sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia
boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011. Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama
dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra
memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang
kelenjar air susu) yang lebih tinggi.
Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser
payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan
bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi
aliran darah ke payudara. Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer,
sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar
dalam langsung ketika tidur.
Ini
untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya
dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik. Mengikut kajian itu, alat
reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang.
Jika
lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan
menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya
akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu
mandul.
Testis
tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari
bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F
(36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa
guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain
itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem
pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian
dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran
peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.