Thursday, March 27, 2014

Satelit Thailand kesan 300 objek

BANGKOK: Imej satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi semasa operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.

Objek bersaiz antara dua hingga 15 meter dikesan dalam kawasan yang terletak kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Tekonologi Angkasa dan Geo-Informatik.

"Namun, kami tidak dapat mengesahkan objek berkenaan adalah puing daripada pesawat berkenaan," kata Pengarah Eksekutif Anond Snidvongs.

Maklumat itu sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.

Foto

Imej berkenaan dirakam satelit pemerhatian bumi Isnin lalu tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses, tambah Anond.

Katanya, objek berkenaan dikesan kira-kira 200 kilometer daripada lokasi 122 objek dikesan satelit Perancis, 23 Mac lalu. - AFP
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.