Friday, March 28, 2014

Mamat Khalid hentikan promosi Zombi kilang Biskut

Mamat Khalid hentikan promosi Zombi kilang Biskut

DEMI menghormati tragedi MH370, pengarah filem 'Zombi Kilang Biskut', Mamat Khalid menjelaskan telah membatalkan semua promosi filem itu yang telah menjengah pawagam sejak 20 Mac lalu.

"Seperti yang kita tahu negara sedang bersedih dan kalau diikutkan hati, saya tidak mahu filem ini ditayangkan pun, namun begitu ia sudah ditetapkan oleh pihak wajib tayang.

"Saya telah membatalkan semua promosi yang telah dirancang sepanjang filem itu ditayangkan termasuk promosi besar-besaran menyerang panggung bersama semua pelakon Zombi Kilang Biskut," ujarnya menerusi sebuah portal berita.

'Zombi Kilang Biskut' menampilkan ramai pelakon hebat seperti Awie, Usop Wilcha, Dayana Roza, Eina Azman dan ramai lagi.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.