Saturday, March 8, 2014

DUA PENUMPANG MISTERI PESAWAT MH370


Akhbar Mirror melaporkan, dua daripada 227 penumpang pesawat MH370 masih gagal dikesan, menggunakan dokumen curi. 

Penumpang terbabit menggunakan dokumen milik warga Austria, Christan Kozel dan Luigi Maraldi, 37 tahun, berasal dari Cesena, Itali. Mereka dilaporkan menghubungi keluarga dan mengesahkan tidak berada di dalam pesawat. 

Pasport Christan didakwa dicuri ketika dia berada di THAILAND manakala pasport Luigi pula dilaporkan hilang pada Ogos 2013. Dia kini mendakwa berada di THAILAND, klik di sini.

Rujuk senarai nama penumpang, klik di sini.


Klik di sini untuk membaca laporan penuh akhbar terbitan United Kingdom itu.

Jika laporan akhbar itu benar, siapakah sebenarnya 2 individu misteri menumpang pesawat MAS terbang dari KLIA ke Beijing, China itu? Apakah motif mereka menggunakan pasport curi itu?

Setakat ini pesawat dilaporkan hilang dari radar pada awal hari ini, masih belum ditemui.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.