Thursday, March 6, 2014

34 GRO warga asing dicekup

Melaka: Seramai 34 GRO warga asing ditahan Jabatan Imigresen Melaka dalam serbuan di sebuah pub di Melaka Raya, di sini, malam tadi.
Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hassan berkata, mereka ditahan berusia 18 hingga 35 tahun terdiri daripada 33 wanita warga Vietnam dan seorang China.
Turut ditahan dalam operasi selama tiga jam itu seorang adalah warga Bangladesh.

Serbuan tiga jam berakhir jam 9 malam itu disertai 30 pegawai termasuk Grup Taktikal Khas (GTK) diketuai Timbalan Penolong Pengarah Salmah Omar.

Foto

Mereka ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan. - myMetro
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.