Chef Wan tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak di dalam penerbangan MAS
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan
Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak
yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang
dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media
sosial.
Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka.
"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.
"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.
Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.
"Hidangan nasi lemak ini memeranjatkan... ia seperti penerbangan nasional tidak mengambil peduli tentang hidangan sarapan pagi yang kita banggakan dan ia disajikan di dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun dan kacang serta ikan bilis. Nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini," tulis Chef Wan dalam Instagram beliau.
Ia menerima lebih kurang 918 'Likes' dan komen yang pelbagai dari pengikut Instagram beliau.

Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan. Sumber Instagram.com/ChefWan58