Monday, February 3, 2014

Apek & Leuniey Timang Cahaya Mata Perempuan

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha atas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Si comel “baby girl” ini telah selamat dilahirkan kira-kira jam 2.55 petang dengan berat 2.75kg. Mereka berdua telah pun berkongsi gambar puteri di akaun Instagram masing-masing.

anak leuniey natasha dan apek

Tahniah buat Apek dan Leuniey. Selamat datang ke alam “parenting”. Semoga si puteri membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat anda berdua. Anda boleh ucapkan tahniah kepada mereka di Instagram Apek dan Instagram Leuniey.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.