Akhirnya setelah sekian lama bercinta, pemain bola sepak JDT Safiq
Rahim telah pun selamat bergelar suami kepada Zandra Aziela, pemain
bowling kebangsaan dengan sekali lafaz. Kedua-dua ahli sukan ini
disatukan dalam majlis serba sederhana di Kelab Golf Saujana Impian,
Kajang semalam. Jutaan tahniah diucapkan atas pernikahan ini.
Zandra dan Safiq kedua-duanya mengenakan pakaian pengantin serba
putih. Zandra menerima mas kahwin sebanyak RM888 dan wang hantaran
RM15,000. Mereka berdua telah dinikahkan oleh ayah Zandra sendiri,
Ibrahim Hakimi Abdul Karim kira-kira jam 12.30 tengah hari. Majlis
pernikahan berlangsung selepas tamatnya perlawanan penuh kontroversi
antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin, Johor Bahru.
Semoga perkahwinan ini akan meningkatkan lagi prestasi permainan
Safiq Rahim dan Zandra Aziela. Tahniah atas perkahwinan ini. Semoga
berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar sekitar majlis
pernikahan mereka hasil bidikan Ministry of Moments dengan membaca artikel ini sepenuhnya.