Sunday, December 22, 2013

Rakyat suarakan kemarahan


Rakyat suarakan kemarahan 
Peserta flashmob bersama sepanduk berdiri di persimpangan lampu isyarat di Taman Greenwood, Gombak, semalam.

GOMBAK - Kenaikan harga barangan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia disuarakan melalui flashmob yang dilakukan di persimpangan lampu isyarat di pekan Greenwood semalam, diketuai NGO Kita Bantah dengan kerjasama Pemuda Pas Gombak.

Lebih 50 peserta terlibat dengan membawa sepanduk tidak bersetuju dengan kenaikan harga gula, minyak, tol, elektrik dan pelaksanaan GST.

Penyelaras Kita Bantah, Mohd Azizul Abu Bakar berkata, kenaikan yang berlaku selepas PRU13 menunjukkan dakwaan PR benar.

“PR kata, kalau rakyat bagi mandat kepada BN, rakyat akan nikmati kenaikan harga barang dan ia benar-benar berlaku.

“Dalam manifesto BN ada mengatakan usaha kerajaan untuk mengekalkan kadar tol semasa tetapi janji itu tidak ditunaikan juga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kesedaran perlu diberikan kepada rakyat supaya tidak lagi tertipu dengan janji BN sebagai prihatin dengan nasib rakyat.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Selangor dan Gombak, Syarhan Humaizi Halim berkata, flashmob adalah reaksi anak muda yang tidak suka dengan situasi sekarang apabila kos sara hidup semakin ditekan melalui kenaikan harga barang.

“Ini adalah signal suara rakyat kepada kerajaan supaya dapat membuka mata melihat penderitaan yang dialami rakyat.

“Ia juga sebagai kesedaran untuk rakyat supaya tidak menyokong keputusan kerajaan yang berterusan menekan rakyat,” katanya.

Katanya, flashmob yang dilakukan hampir sejam menerima maklum balas baik rakyat dan akan membuat bantahan secara menyeluruh termasuk diteruskan ke seluruh Selangor sebagai suara rakyat kepada kerajaan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.