Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.
Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”
Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.
Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.
Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.
Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.
Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata,“Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

Saturday, August 23, 2014

Doa Sukar Tidur Malam

Man laying on bed, wide awake, re story

Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia. Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza, bagaimanapun secara umumnya, manusia tidak memerlukan waktu yang panjang untuk tidur.

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara salah satu faktor dibawah ini:-

  1. Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar, rumahtangga)
  2. Menghadapi masalah (rumahtangga, kewangan, pelajaran, pekerjaan)
  3. Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah , dan sebagainya)
  4. Penyakit
  5. Gangguan makhluk halus
DOA YANG DIBACA
Pesakit yang menghadapi masalah gangguan makhluk halus (gangguan/sihir/saka) sering menghadapi masalah penyakit tidur. Selain daripada mendapatkan rawatan dari perawat Islam bertauliah, boleh juga amalkan adab-adab sebelum tidur :-
  1. Membaca 3 Qul
  2. Ayatul Qursi
  3. Ayat Terakhir AL-Baqarah dan zikir fatimah (tasbih, tahmid, dan takbir 33x)
  4. Tambahan : Al-Kahfi-25 atau Al-Anbiyaa : 87 atau Maryam : 18 dan 98
  5. Mengamalkan dua rangkaian doa di bawah ini yang dikenali sebagai doa Al-Araq.
Amalkan nya dengan membacanya berulang kali sebelum masuk tidur. Boleh juga dibacakan keatas air dan diminum.

1. “Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindunginya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung didalamnya dan Tuhan pencipta syaitan dan apa yang tersesat kerananya, jadikanlah aku terpelihara dariapada kejahatan makhlukMu itu semua, sampai-sampai seseorang daripada mereka mengalahkan daku dan melakukan kezaliman. Muliakanlah pemeliharaanMu, maha bsar pujiMu, tidak ada Tuhan selain Engkau.”

doa_sukar_tidur_malam
2. “Ya Allah, bintang-bintang telah tenggelam, segala mata merasa tenang, sedangkan Engkau tetap hidup lagi berdiri sendiri. Tiada mengantuk dan tidur menimpa Engkau. Ya Tuhan yang hidup, Ya Tuhan yang berdiri sendiri, tenangkanlah malamku dan tidurkan mataku”.

Jika masalah di atas masih berterusan maka bangkitlah diwaktu malam itu mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat taubat, solat tahajud, solat tasbih dan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan, sama ada gangguan manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.

Friday, March 28, 2014

Kassim Ahmad Akan Saman Jakim



Sasterawan dan pemikir, Dr Kassim Ahmad akan berbincang dengan pihak peguam untuk mengambil tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jakim)

Thursday, March 27, 2014

Terbaru Raja Bomoh - Ritual Seru Mayat Untuk Timbul


Terbaru Raja Bomoh - Ritual Seru Mayat Untuk Timbul

Wednesday, March 12, 2014

Mimpi Setelah Solat Istikharah


Soalan:
Apakah apabila kita bermimpi selepas solat Istikharah dan Tahajud, contohnya tentang seorang perempuan, maka dia adalah jodoh kita. Maksudnya dalam solat tersebut jita memohaon doa pada allah supaya ditunjukkan jodoh kita. Adakah memang itulah taqdir allah bahawa orang tersebut adalah jodoh kita dan itulah taqdir yang mutlak dan tidak berubah?

Jawapan:
1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya.

Friday, March 7, 2014

Hukum Jual Baucer Buku


BOLEHKAH JUAL BAUCER BUKU UNTUK DAPAT TUNAI?

Ramai yang bertanya berkenaan menjual baucer buku 1Malaysia dengan sama ada harga yang sama atau harga diskaun.

Pendapat ringkas saya seperti berikut :

a. Perbuatan menjual baucer buku untuk mendapat tunai itu adalah tindakan yang salah, tidak beretika dan memecah amanah dan objektif asal pemberian baucer. Matlamat penciptaan baucer itu adalah untuk ditukar dengan buku, agar pelajar dapat membeli buku keperluan mereka dan meningkatkan ilmu. BUKAN HANYA buku teks wajib di universiti tetapi segala jenis buku yang berfaedah yang lain juga.

b. Berdasarkan penerangan kementerian, fungsi baucer ini adalah “Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing”. Justeru itu, baucer buku itu memegang 'hak untuk memiliki buku, majalah dan alat tulis pada nilai harga yang tercatat di atas baucer’ . Kerana itu, baucer itu sepatutnya TIDAK SAH dan TIDAK LAKU untuk pembelian selain daripada item yang disebutkan. Ia tidak boleh digunakan untuk membeli makanan, minuman, kerusi, atau lain-lain barang secara bebas, ia hanya terhad kepada item yang disebutkan. Justeru kerana itu, saya berpandangan baucer itu mengambil sifat barangan yang disebutkan dalam kebenaran sahaja khususnya buku dan ia bukan 'wang kertas' atau 'matawang' yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai perkara secara bebas. Ia berbeza dengan baucer tunai (Aeon Gift Voucher) yang dikeluarkan oleh syarikat Aeon Bhd yang boleh berfungsi sangat hampir seperti matawang yang boleh membeli pelbagai item tanpa halangan, Cuma syaratnya di pasaraya Aeon sahaja. Oleh kerana itu, menjual baucer buku dengan harga yang sama seperti nilai tercatat pada baucer atau secara diskaun adalah seperti menjual buku yang bernilai pasaran RM 50 dengan nilai diskaun RM 45. Maka jika demikian, bagi saya ia bukan riba dan tiada masalah dari sudut kontraknya. Jika ada yang berpendapat bahawa baucer itu seperti wang tunai, maka menjualnya dengan harga lebih rendah adalah riba.

Saya dimaklumkan terdapat pekedai biasa yang menerima baucer itu untuk membeli barangan selain item yang dibenarkan kerajaan. Jika ia ada, saya kira ia masih dalam kes terpencil yang tidak boleh dijadikan hukum am yang mengubah sifat baucer kepada matawang, sebagaimana kaedah Fiqh menyebut:
(العبرة للغالب الشائع لا للقليل النادر)
Ertinya: Pengajaran yang diambil kira adalah yang ghalib (majoriti) dan bukan yang terpencil sedikit. ( Qawaid Fiqhiyyah li zarqa’)

Kesimpulan, tidak dibenarkan menjual baucer buku kerana itu perbuatan tidak beretika dan pecah amanah. Namun jika dijual juga, ia tidaklah sampai tergolong dalam kategori riba. Malah dicatatkan oleh kemenertian juga kluasa 6f yang menyebut ‘Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai. ( rujuk http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/12097-baucar-buku-1malaysia-bb1m.html) Wallahu’alam.


Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Cucu paderi jadi imam ternama

Suhaib Webb 
Suhaib Webb

DAHULU, dunianya agak ‘hitam’.

Seorang yang hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.

Terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

Namun, itu semua berubah sejak beliau memeluk Islam pada usia 20 tahun.

Ya, perjalanan hidup William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb sangat menarik.

Malah, Suhaib berjaya membuktikan bahawa Islam adalah milik semua, termasuk dirinya yang berkulit putih dan warga Barat.

Tidak cukup dengan itu, Suhaib juga mempunyai kualiti yang sangat cemerlang sebagai seorang Muslim.

Menyorot latar belakang Suhaib, siapa sangka beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian (Prostestan) pada 1972 di Oklahoma. AS.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah membesar sebagai cucu kepada paderi, menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu, sehinggalah tarikan beliau untuk mendalami Kristian semakin lemah.

Jelasnya, pada usia 14 tahun, akibat krisis kerohanian, dia hilang minat kepada mana-mana anutan agama.

"Pada usia itu juga, saya mula terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

"Selain itu, saya juga adalah DJ Hip Hop dan sering merakamkan lagu dengan ramai artis ketika itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitu pun, kata Suhaib, melalui industri muzik juga, beliau mula diperkenalkan dengan agama Islam,

Ketika beliau berusia 17 tahun, seorang kenalan dalam industri itu menghadiahkannya senaskhah al-Quran terjemahan.

"Saya telah bekerja dengan artis Hip Hop dan sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan mereka memperkenalkan saya kepada al-Quran.

"Sejak itu, al-Quran sedikit demi sedikit telah mula memberikan pengaruh cukup besar dalam hidup saya.

"Saya belajar al-Quran selama tiga tahun sebelum saya memeluk Islam," kata bapa kepada dua anak ini.

Tambahnya lagi, pada waktu sama, beliau juga semakin jauh terheret dalam kehidupan yang ganas akibat bergaul dengan kumpulan-kumpulan remaja liar.

'Paling berpengaruh di dunia'

Beliau adalah seorang yang suka berkongsi ilmu, jika dalam bahasa Arabnya perumpamaannya adalah Al Ilmu kal Usrati, iaitu ilmu itu bagai keluarga, mesti dikongsi bersama.

William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb suka berkongsi ilmu tanpa mengira cara dan tempat di mana saja terutamanya dalam menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat (IT).

Bahkan, kenyataan ini disokong daripada kejayaan laman webnya sendiri, iaitu www.SuhaibWebb.com (Your Virtual Mosque), yang diiktiraf sebagai Blog Terbaik, The Best Blog Of The Year oleh Brass Crescent Awards dan di laman sosial Tweeter pula, dengan undian tertinggi untuk memenangi The Best Muslim Tweeter, setahun kemudian.

Tidak cukup dengan itu, di laman sosial Facebook miliknya, beribu-ribu likes dimilikinya dan beliau juga boleh dikenali sebagai Ustaz Youtube lantaran kepopularannya pada hari ini.

Selain itu, beliau turut dipilih sebagai salah seorang daripada '500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia' oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam pada 2010.

Suhaib juga telah dinobatkan sebagai 'Pemimpin Islam Sederhana' oleh Kerajaan British pada 2010 dan 2013.

Malah, Suhaib turut menjadi penggerak sayap belia untuk Muslim American Society dan juga menjadi tenaga pengajar untuk Al Maghrib Institute, universiti maya yang beroperasi 24 jam di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom.

Insiden jenayah berkumpulan

Suhaib memeluk agama Islam pada 1992, ketika itu beliau berusia 20 tahun.

Insidennya dikejar oleh kereta peronda polis dan terselamat daripada ditembak atas jenayah berkumpulan yang mereka lakukan menjadi titik tolak akan penghijrahannya.

Baginya, kejadian berkenaan adalah satu 'siren amaran' yang kuat kepada buat dirinya agar sedar sebelum segala-galanya terlambat.

"Saya benar-benar sedar sejak kejadian itu dan tidak ada cara atau jalan lain kecuali memeluk Islam bagi memastikan saya tidak lagi terjerumus dalam kancah jenayah," katanya.

Setelah itu, beliau berhenti dari menjadi DJ dan mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti of Central Oklahoma di dalam bidang pendidikan.

Pengajiannya kemudian diteruskan di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir selama enam tahun bermula pada 2004 dalam bidang Syariah.

"Saya mempelajari dan menghafal al-Quran di Mekah daripada seorang ilmu agama terkenal, Sheikh Abu Mustafa,

"Saya juga pernah menjadi guru agama dan mengajar di AS dan United Kingdom," kata pendakwah bebas ini.

Namun tidak sahaja beliau belajar di universiti bagi melengkapkan keperluan pendidikan rasmi, bagi yang tidak rasmi Suhaib belajar mengenai Islam dan bahasa Arab secara persendirian dengan seorang ulama dari Senegal.

Kini, beliau adalah Imam Masjid Boston di Pusat Masyarakat Islam dan Kebudayaan Boston (ISBCC), masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat.

Hos Reflections

Menjadi antara peneraju awal bagi rancangan agama popular masa kini, Reflections di TV Al Hijrah (saluran 114), Suhaib berjaya mengumpulkan peminatnya tersendiri.

Maka tidak hairanlah, rancangan itu yang kini bakal memasuki musim ke-16 dan 17, sejak mula diperkenalkan hampir tiga tahun lalu, masih lagi mengekalkannya sebagai hos rancangan.

"Dulu, saya membesar dengan pengaruh yang disiarkan oleh saluran TV MTV, maka tidak menghairankan yang lahir adalah generasi MTV.

"Jadi, kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya demi membentuk generasi Islam yang terbaik terutama daripada kalangan anak muda kita hari ini," katanya.

Sebagai bekas DJ, beliau masih lagi menggunakan kemahiran dalam berkomunikasi itu bagi menarik perhatian penonton.

Dalam rancangan itu, Suhaib mengupas surah-surah dalam al-Quran dari pelbagai aspek, terutama dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian umat Islam.

Beliau tidak sahaja mengeluarkan pendapat, malah berkongsi dengan ulama-ulama dan tokoh ilmuan Islam lain bagi memberikan perspektif lebih luas kepada penonton.

"Konsep dan pemahaman ajaran Islam secara terperinci dengan terjemahan ayat-ayat suci al-Quran akan didedahkan kepada semua penonton," katanya.

Reflections musim baharu akan ditayangkan menjelang Mei nanti.
 
© Copyright 2011 Berita Semasa
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.